FAQ

1. Siapakah yang layak untuk melabur di unit trust?
Individu yang berumur 18 tahun ke atas dan juga korperat.
2. Bolehkah non-malaysian melabur di unit trust?
Ya, boleh.
3. Bolehkah akaun pelaburan dimiliki lebih dari seorang?
Ya, akaun pelaburan boleh dimiliki 2 pemegang akaun, first holder & joint holder.
4. Kenapa melabur di unit trust?
Melalui Unit Trust, pelabur yang kurang pengetahuan dan dengan modal yang kecil berpeluang untuk memiliki pegangan saham atau bond dari pelbagai portfolio dan sektor ekonomi. 
Lagipun unit trust diuruskan oleh pakar yang berpengalaman luas dan berkebolehan untuk mengakses kajian ekonomi dan pelaburan semasa secara total.
5. Adakah Selamat Melabur di Unit Trust?
Ya, ianya selamat sekiranya anda tahu risikonya. Setiap pelaburan ada risiko. W/bagaimanapun unit trust ada kelebihan dimana dana di laburkan dalam portfolio yang pelbagai sektor yang dapat mengurangkan risiko.
6. Apakah kelebihannya melabur di unit trust?
  1. Kepelbagaian sektor.
  2. Pengurusan yang professional.
  3. Kecairan.
  4. Transaksi yang mudah.
  5. Peningkatan modal.
7. Adakah pulangan dari unit trust lambat?
Unit trust ialah pelaburan untuk  jangkamasa sederhana dan panjang.  
8. Berapakah pelabur boleh melabur di unit trust?
Dengan hanya minimum RM1000 dan minimum tambahan RM100.
9. Bolehkah pemegang unit (pelabur) menjual semula unit mengikut kehendaknya sendiri?
Ya, pemegang unit boleh menjual balik unitnya samada seluruh atau sebahagian pada bila-bila waktu bekerja.
10. Adakah pulangan modal dan pengagihan dikenakan cukai?
Pulangan modal tidak dikenakan cukai. Pengagihan (dividen) tertakluk kepada 25% cukai tetapi bergantung kepada kadar cukai semasa. (Hanya dikenakan pada dana yang dikenakan cukai).
11. Bagaimanakah saya boleh melabur?
Isi borang (1)New Investor Form dan sertakan salinan NRIC (utk pelabur pertama kali sahaja) dan (2)Investment Application Form (utk pelaburan pertama). Bayaran boleh di buat dengan cek yang di tulis ‘Public Mutual Berhad’.
Pelanggan Public Mutual Online boleh membuat bayaran permulaan dan tambahan melalui website. Pemegang akaun Public Bank boleh membuat tambahan pelaburan melalui online PBeBank.com dan Public Bank ATM.